Followers

Wednesday, 27 March 2013

Kenapa Wang?

Wang adalah bahan mentah untuk mendapatkan benda-benda lain. Wang juga adalah alat untuk kita alirkan kelimpahan nikmat kepada lebih ramai orang.

Tuhan amat menyayangi kita, malah lebih daripada kita menyayangi diri kita sendiri. Dan untuk menunjukkan yang tuhan sayang kepada kita, Tuhan telah sediakan EMAS, PERMATA dan SERIBU KEKAYAAN di perut bumi untuk kita. Apa yang tuhan minta, adalah kita berusaha untuk mendapatkannya dalam bentuk yang kita suka. Jika kita suka kereta, Tuhan bagi kita kereta. Jika kita suka rumah, Tuhan akan bagi kita rumah. Dengan syarat, usaha!

Kita juga begitu. Jika kita sayang seseorang, contohnya ibu-bapa, isteri dan anak-anak, setakat ucapan sayang sahaja tidak cukup. Kita perlu beri mereka makan, tempat berteduh, dan hidup selesa. Kita perlu beri mereka kekayaan, kekayaan yang Tuhan bagi.

Wang? Apakah kaitan wang dalam semua ini?

Wang adalah bahan mentah. Suatu alat ciptaan manusia yang memudahkan kita memindahkan dan mengagih-agihkan kekayaan yang telah Tuhan berikan kepada kita. Wang bukan segala-galanya, tetapi wang adalah alat yang memudahkan kita memindahkan kekayaan Tuhan dari seorang kepada seorang yang lain. Sebab itulah, bagi orang yang faham perkara ini, akan berusaha menjadi kaya dengan menarik banyak wang ke dalam hidup mereka. Mereka tidak pernah sekali-kali menghina wang atau orang yang berusaha keras dalam mencari wang. Kerana mereka tahu, hanya orang yang mengenal Tuhan dan kekayaan Tuhan sahaja akan berusaha mendapatkan seberapa banyak wang. Kemudian, sesudah mendapat banyak wang, akan mereka gunakan ke jalan kebaikan. Jalan mulia dengan mengagih-agihkan kekayaan Tuhan di muka bumi ini kepada ramai orang melalui WANG.

Untuk dapatkan wang, kita boleh bekerja keras menggunakan tulang empat kerat. Atau, kita boleh mendapatkannya menggunakan satu lagi kekuatan yang juga datang dari Tuhan, tetapi jarang didengari - iaitu minda.

Hanya segelintir orang terpilih sahaja akan tergerak untuk mempelajarinya. Namun, masih ramai yang belum betul-betul fahami kehebatannya, apa lagi menggunakannya dengan berkesan untuk menarik wang ke dalam hidup mereka.

Masih belum terjawap, kenapa blog ini fokus kepada wang?

Ini jawapannya: Wang adalah alat ciptaan manusia untuk memindah dan mengagihkan kekayaan Tuhan di kalangan manusia. Kekayaan yang dimaksudkan bukan sekadar CINTA Tuhan kepada manusia. Tetapi HARTA dan KEKAYAAN Tuhan di perut bumi dan permukaan bumi. Wang boleh digunakan untuk mengeluarkan kekayaan ini, dan dipindahkan dan diagihkan kepada ramai orang. Dengan adanya wang, semakin ramai orang boleh menikmati kekayaan Tuhan.

Semakin banyak wang yang anda kumpul, semakin banyak KEKAYAAN Tuhan yang anda dapat. Kemudian terpulang bagaimana anda menggunakannya. Adakah ke arah kebaikan, atau ke arah keburukan. Apa yang penting, wang amat berguna kepada anda, jika anda tahu bagaimana untuk menggunakannya dalam melakukan kebaikan, anda boleh melakukan kebaikan yang lebih besar dan kepada lebih ramai orang.

Bagaimana untuk tarik wang dengan kuasa minda? Apa itu minda? Apa itu kuasa? Apa itu kuasa minda?

Adakah kuasa minda bertindak seperti tangan ghaib yang menarik duit dari poket setiap orang? Adakah kuasa minda itu berfungsi dengan bantuan jin atau toyol untuk mencuri duit dalam peti simpanan orang di rumah? Adakah kuasa minda itu malaikat yang membantu anda memindahkan wang berjuta dari alam ghaib ke rumah anda sekelip mata? Teruskan tertanya2.

Sebelum saya menjawap soalan-soalan tersebut, saya ingin meneruskan bercerita mengenai wang lagi.

Ikuti kisah wang di dalam post seterusnya

Tuesday, 26 March 2013

Teknik Tarik Wang Dengan Kuasa Minda Dan Getaran Jiwa

Kuasa Minda Dan Getaran Jiwa boleh digunakan untuk menarik wang ke dalam hidup anda. Ya.

Dengan menggunakan konsep "berangan-angan" dan "menjiwai watak" seperti yang saya terangkan di dalam post sebelumnya, anda mampu menarik wang dengan banyak.

Tapi sabar dulu.

Biar saya jelaskan.

Selepas menghadiri pelbagai kursus kuasa minda, dan berdasarkan pengalaman saya sendiri, saya telah menghasilkan satu teknik untuk menarik WANG dengan lebih mudah dan cepat.

Apa yang ingin saya katakan adalah ini:

Berangan-angan sahaja tidak cukup.

Anda perlukan satu teknik yang menyeluruh, meliputi keseluruhan aspek kuasa minda yang menggetarkan jiwa anda ke tahap maksimum, agar anda boleh menarik wang dengan lebih mudah dan cepat.

Tapi sebagai peringatan awal, jangan harapkan duit jatuh dari langit atau tiba-tiba anda terpijak beg yang berisi banyak duit di tepi jalan.

Teknik saya tidak akan membuatkan anda mendapat begitu.

Tetapi anda akan lebih mudah mendapat idea bisnes, dan lebih mudah mendapat sumber dan kepakaran untuk melaksanakan idea bisnes tersebut, yang seterusnya lebih mudah menarik wang yang banyak kepada anda. (Kenapa Wang? Baca di sini.)

Semua ini akan berlaku dengan lebih cepat dan lebih mudah bagi anda.

Tetapi...

Saya tidak bercadang untuk berkongsi teknik ini dengan ramai orang... dan saya juga tak berapa suka mengenakan duit kepada ilmu hebat ini. Takut terlalu mahal untuk anda... dan takut terlalu murah dan terlalu mudah diambil kesempatan.

Oleh itu saya telah ambil keputusan untuk membiarkan anda sendiri menunjukkan keikhlasan anda dengan cara berikut.

Beli mana-mana satu, dua, tiga atau kesemua produk di bawah:

1. Aplikasi Mania - Kuasa Viral Aplikasi FB
2. Bisnes Mainan Versi 2.0- Buat Duit Dengan eBay
3. Rahsia Bisnes Kuih Raya
4. Webinar Hartanah Maya 2013
5. Buat Duit Dengan Menulis
6. Pakar Affiliate | Buat Duit Di Internet Tanpa Produk Sendiri
7. Pakej Import Dari China


Saya akan tahu jika anda telah membeli produk di atas atau tidak, kerana link di atas adalah link affiliate saya untuk mengetahui sekiranya ada pembeli. Saya akan hubungi anda melalui email selepas anda membuat pembelian. Anda perlu maklum yang saya akan mendapat duit komisen jika anda membeli mana-mana produk di atas. Tapi bukan itu fokus utama saya. Saya cuma menjadikannya satu cara untuk menilai tahap keikhlasan anda untuk belajar teknik saya ini.

Anggaplah ini sebagai cara anda menunjukkan keikhlasan dalam mempelajari Teknik Tarik Wang Dengan Kuasa Minda Dan Getaran Jiwa yang saya cakapkan dalam post ini.

Nantikan saya hubungi anda melalui email dalam masa terdekat. Tapi hanya jika anda bertindak sekarang dan membuat belian mana-mana produk melalui link affiliate saya di atas.

Jumpa lagi.


Kuasa Minda Dan Rahsia Jiwa

Dengan menggunakan kuasa minda - minda sedar dan minda bawah sedar - kita boleh mengawal dan membentuk jiwa kita.

Pernah dengar kata-kata begini?

"Pelakon itu menjiwai wataknya dengan baik."
"Dia adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat."
"Seorang guru harus berjiwa pendidik"
"Dia seorang tokoh yang berjiwa besar!"
"Jangan sampai sakit jiwa sudah la..."

Kita boleh menjadi apa sahaja yang kita mahu, dengan syarat kita memupuk jiwa tersebut dalam diri kita.

Jika ingin mendapat wang yang banyak, kita juga boleh menjiwai kehidupan seseorang yang sering mendapat banyak wang!

Ini adalah kepakaran kita sejak kanak-kanak lagi.

Tiada siapa yang lebih hebat dalam mempelajari sesuatu benda melainkan kanak-kanak. Ini kerana semasa zaman kanak-kanak, kuasa jiwa pada minda bawah sedar kita masih dominan. Ini membuatkan kita lebih mudah untuk menjiwai apa-apa watak, termasuk watak polis, askar, ibu-ibu atau pemandu motosikal atau kereta malah kapal terbang.

Saya masih ingat lagi semasa zaman kanak-kanak, baru mulai belajar tunggang basikal. Setiap hari saya bayangkan saya bawa basikal. Dan berlatih mengawal basikal angin.

Itulah apa yang dimaksudkan dengan "menjiwai" sesuatu watak. Waktu belajar menunggang basikal itu, saya menjiwai watak seseorang iaitu diri saya sendiri yang sudah boleh berbasikal dengan baik. Saya berangan-angan seolah-olah saya telah boleh menunggang basikal dengan baik. Saya melakukan begitu sepanjang masa. Dan tak sampai beberapa hari, kalau sebelum ini saya asyik terjatuh sebab tak pandai, tiba-tiba saya boleh menunggang basikal dengan baik dan lancar.

Itu zaman kanak-kanak.

Dan ini adalah kisah yang benar-benar berlaku kepada saya sewaktu baru tamat universiti dan baru mulai bekerja.

Dan ini adalah kisah yang betul-betul berlaku kepada saya. Saya pernah mendapat wang sampingan setiap bulan sekitar RM400 hingga RM800 tiap-tiap bulan selama dua tahun berturut-turut melalui internet.

Itu berlaku selepas beberapa bulan berangan-angan untuk mendapat duit RM600 tiap bulan hanya melalui internet.

Waktu berangan-angan itu, saya masih belajar di universiti lagi. Setiap hari, saya menumpang motosikal kawan saya untuk pergi kuliah. Kawan saya yang drive. Saya di belakang. Masa perjalanan sekitar 30 minit untuk sampai ke tempat belajar.

Sepanjang waktu itu, saya hanya berangan-angan, alangkah bagusnya kalau saya dapat RM600 setiap bulan... hanya melalui internet... ada website... dan duit masuk tiap bulan secara automatik... seronoknya...

Begitulah angan-angan saya setiap hari. Kenapa internet? Kerana pada masa itu idea buat duit melalui internet masih baru lagi dan tak ramai yang tahu. Dan saya mendapat idea tersebut melalui forum-forum. Oleh kerana tidak tahu apa-apa pada waktu itu, maka cuma boleh berangan-angan sahaja.

Yang peliknya, semakin banyak saya berangan-angan, semakin banyak ebook berkaitan bisnes internet yang saya dapat. Banyak yang secara percuma, dan sikit yang berbayar. Dari situlah saya semakin tahu dan faham mengenai buat duit di internet, tetapi masih belum buat satu sen pun melalui internet. Blog dan website saya waktu itu dah cecah 40 lebih, tetapi satu pun tak menghasilkan duit. Agak frust. Jadi, untuk menyedapkan hati, setiap hari saya akan berangan-angan untuk dapat pendapatan sampingan RM600 sebulan. Kenapa RM600? Sebab waktu itu masih belajar lagi, kalau dapat extra RM600 sebulan tu kira hebat dah bagi seorang pelajar macam saya waktu itu.

Kemudian, beberapa bulan selepas tamat belajar dari universiti, iaitu baru lepas sebulan dapat kerja, salah seorang rakan sekerja saya waktu itu menunjukkan satu idea yang bernas untuk buat duit di internet. Dan seperti automatik, saya pun melakukannya. Akhirnya blog saya siap, dan selepas promosi selama dua bulan, tanpa diduga, saya mulai mendapat duit tiap-tiap bulan. Dan jumlahnya tidak lari daripada RM400 hingga RM800 sebulan. Secara purata, lebih kurang RM600 sebulan.

Keadaan ini berterusan sehingga dua tahun. Dan akhirnya saya mendapat pekerjaan lain dengan gaji yang lebih tinggi. Juga dengan menggunakan konsep yang sama.

1. Berangan-angan
2. Menjiwai Watak

Selepas beberapa tahun, saya telah tergerak untuk mengkaji lebih dalam mengenai perkara ini. Dan saya mulai mengikuti kursus-kursus berkaitan kuasa minda.

Akhirnya saya menemui jawapan demi jawapan bagaimana semua ini boleh terjadi.

Blog ini akan mengupas lebih lanjut lagi mengenai teknik menarik wang menggunakan kuasa minda. Nantikan tulisan saya seterusnya.

Minda Dan Jiwa

Sejak kita lahir, kita boleh bergerak, bernafas, menangis dan ketawa secara semulajadi. Ini adalah kerana kita mempunyai minda bawah sedar.

Apakah pula yang menggerakkan minda bawah sedar kita?

Jawapannya adalah jiwa.

Apa pula jiwa itu?

Jiwa, adalah merupakan sejenis TENAGA yang HIDUP dan PINTAR.

Jiwa ini adalah tenaga yang boleh menghasilkan getaran yang dinamakan emosi.

Semasa kita baru lahir, kita menggunakan emosi untuk memanggil ibu bapa atau orang yang dewasa untuk memberikan kita sesuatu, contohnya makanan.

Kita juga menggunakan mimik muka berkerut untuk menunjukkan kita tidak selesa. Kesemua ini adalah kepintaran jiwa dalam menggunakan emosi secara semulajadi untuk mendapatkan apa yang kita perlukan.

Semasa kecil, kita perlukan makanan, perlindungan dan keselesaan untuk membolehkan kita terus hidup dan membesar.

Semasa berumur 8 hingga 12 bulan, minda sedar kita mulai terbentuk, dan kita telah bersedia untuk mempelajari cara yang lebih baik berbanding bergantung semata-mata kepada tangisan dan mimik muka sahaja untuk mempengaruhi emosi orang dan mendapatkan apa yang kita perlukan.

Kita mulai belajar bercakap dan sebagainya.

Di sinilah kepentingan minda sedar.

Minda sedar juga adalah sejenis tenaga yang terhasil daripada tenaga jiwa.

Jiwa adalah sumber tenaga yang hidup, dan pintar.

Kita mulai menggunakan kata-kata untuk mempengaruhi emosi orang contohnya ibu bapa kita agar memberikan kita apa yang kita perlu. Kadang-kadang, kita tidak akan dapat apa yang kita mahu, oleh itu, kita perlu belajar MEMILIH dan bertimbang rasa... maka timbullah erti pengorbanan. Jika kita ingin bermain dengan selesa di luar, kita perlu korbankan masa makan. Atau sebagainya.

Dan jika kita minda sedar kita pintar, kita boleh fikirkan cara untuk mendapatkan kedua-duanya, tanpa korbankan apa-apa. Contohnya, jimatkan masa makan, dan lebihkan masa bermain. Inilah namanya bertimbang rasa dan berharmoni.


Apabila terdapat dua jenis minda sedar dan bawah sedar, dan kedua-dua ini adalah jiwa yang pintar, masing-masing akan menguasai masing-masing. Minda sedar boleh memerangi minda bawah sedar, atau sebaliknya.

Apabila kedua-dua minda sedar dan bawah sedar mencapai kesepakatan, di situlah anda akan rasa SANGAT BAHAGIA, SANGAT SELESA dan SANGAT BERSYUKUR kepada Tuhan. Dan mungkin itulah pelajaran yang tuhan berikan kepada kita, iaitu bagaimana mengharmonikan kedua-dua minda sedar dan bawah sedar, agar kita mengenal kuasa Tuhan, iaitu kuasa jiwa yang hidup dan pintar. Dan seterusnya dapat MENGAWALNYA untuk mencapai kebahagiaan, keselesaan dan tidak lupa juga untuk bersyukur dengan nikmat dan kekayaan yang Tuhan berikan.


Jadi teruskan membaca, kerana mungkin apa yang anda cari untuk meningkatkan lagi keupayaan mengawal minda sedar dan bawah sedar anda, ada di sini.

Mungkin apa yang anda perlukan untuk meningkatkan lagi tahap kebolehan anda menarik apa yang anda mahu, contohnya WANG, ada di sini.

Minda dan kelebihannya

Sebelum kita bercerita mengenai kelebihan minda, mari kita kupas apa itu minda.

Minda adalah satu ruang aktiviti di mana fikiran dan perasaan kita berlaku. Fikirkan begini. Otak adalah hardware atau fizikal bagi bahagian dalam kepala kita, manakala minda adalah software yang bekerja di dalam kepala kita.

Minda adalah tempat di mana fikiran dan emosi berlaku. Kita boleh memikirkan fikiran dan merasakan emosi di minda kita.

Kita mempunyai dua minda, iaitu minda sedar, dan minda bawah sedar. Aktiviti minda yang kita lakukan secara sedar, seperti membandingkan baik buruk, memilih antara dua, memberikan alasan, mencari sebab dan bukti... kesemua itu adalah aktiviti minda sedar. Tujuan kita ke sekolah dari umur 7 tahun hingga 17 tahun, tujuannya adalah untuk melatih kecekapan minda sedar kita untuk berfikir - mengingat, memahami, dan menganalisis sesuatu perkara, iaitu memilih, membanding, menyusun, mencari persamaan dan sebagainya.

Minda bawah sedar pula adalah aktiviti yang berlaku secara bawah sedar contohnya bernafas. Di dalam keadaan yang busuk, kita secara automatik menahan nafas dan menutup hidung. Semasa kepenatan, kita secara automatik bernafas dengan tercungap-cungap. Semua ini dilakukan tanpa kita sedari. Semasa kita tidur, kita tetap bernafas. Dan ini juga merupakan aktiviti minda bawah sedar.

Minda bawah sedar bersambung dengan seluruh anggota badan kita. Ini kerana sejak kita lahir, minda bawah sedar wujud terlebih dahulu berbanding minda sedar. Keseluruhan badan kita pada mulanya sejak kita lahir adalah dikawal minda bawah sedar.

Sehinggalah kita berumur 8 hingga 12 bulan, barulah kita mulai berfikir. Dan pada waktu itulah minda sedar kita mulai terbentuk.

Minda bawah sedar juga tempat berlakunya emosi. Minda bawah sedar sangat cekap menggunakan emosi untuk mendapatkan apa yang badan kita perlukan. Semasa ketiadaan minda sedar, minda bawah sedar melakukan tugasnya dengan sangat cekap untuk mempengaruhi emosi orang lain untuk memberi kita apa yang kita inginkan.

Pada sekitar umur 12 tahun, minda sedar kita telah mulai berfungsi sepenuhnya... dan kita telah boleh mengawal emosi, contohnya menyembunyikan perasaan sakit dan menahan air mata apabila dimarahi ibu. Tetapi, walaupun minda sedar telah berfungsi, ianya masih mentah, dan sebab itu remaja di bawah 17 tahun sangat mudah dipengaruhi. Minda sedarnya masih belum cukup kuat untuk mengelak pengaruh emosi jahat.

Selepas umur 17, sekiranya sesorang itu mempunyai minda sedar yang lemah, dia akan sangat mudah dipengaruhi walaupun usianya makin bertambah.

Di sinilah letaknya kuasa minda sebenar!



Sekejap. Jangan salah faham. Kuasa minda yang saya maksudkan bukanlah minda bawah sedar semata-mata.

Tetapi, kuasa sebenar minda adalah terletak pada CARA kita menggunakan gabungan minda sedar dan minda bawah sedar secara harmoni dan bersama.

Dengan menggunakan minda sedar kita sepenuhnya, kita boleh memanfaatkan minda bawah sedar kita dengan baik.

Dengan kebolehan menggunakan minda bawah sedar kita sendiri, kita boleh mempengaruhi minda bawah sedar orang lain, untuk membawa wang kepada kita!

Di sinilah letaknya KUASA SEBENAR minda kita. Ianya bergantung kepada sejauh mana kita mampu memanfaatkan minda bawah sedar kita, dan sebaik mana kita mampu mengawal aktiviti minda sedar kita.

Kita akan sambung lagi dalam artikel seterusnya.

Apa itu kuasa?

Kuasa, amat rapat dengan tenaga. Tenaga pula, amat rapat dengan KERJA.

Saya akan ceritakan satu persatu mengenai kuasa, tenaga dan kerja.

Kerja membawa maksud, suatu tindakan untuk memindahkan sesuatu, sama ada menolak atau menarik sesuatu itu dari satu tempat ke satu tempat yang lain.

Dalam blog ini, kerja yang dimaksudkan adalah MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Sekali lagi, baca betul-betul.

KERJA yang dimaksudkan dalam blog wangmindajiwa.blogspot.com ini adalah tindakan MENARIK WANG dari pelbagai arah dan sudut, ke dalam simpanan anda.

Untuk melakukan KERJA, anda perlukan TENAGA.

Apa pula tenaga ini?

TENAGA adalah sumber bekalan yang boleh digunakan untuk melakukan KERJA.

Contohnya, sumber makanan memberi badan kita TENAGA untuk menarik dan menolak benda fizikal dari satu tempat ke tempat yang lain.

TENAGA elektrik boleh menggerakkan elektron untuk menghasilkan pelbagai kerja, contohnya menghasilkan cahaya, menghidupkan TV, laptop, handphone dan banyak lagi peralatan elektrik.

TENAGA minda pula, boleh digunakan untuk menggerakkan JIWA seseorang untuk membawa wang kepada kita.

Tenaga minda sangat kecil jika dibandingkan dengan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Kita boleh mengangkat sehingga 50kg benda menggunakan tenaga badan dan tulang empat kerat kita. Tetapi, dengan menggunakan tenaga minda, kita hanya mampu berfikir... tetapi di situlah KEHEBATANNYA!

Baca ini dengan teliti.

Semakin sikit tenaga yang diperlukan untuk menyiapkan kerja, maka semakin BESAR kuasa yang kita ada.

Ini kerana, KUASA adalah kadar kecepatan melakukan kerja.

Dengan kuasa minda, dengan kuasa berfikir, kita boleh menyiapkan sesuatu kerja dengan lebih cepat, contohnya menarik wang yang banyak dalam masa singkat.

Dalam artikel seterusnya, kita akan berkenalan dengan minda dan kelebihannya.

Kenapa Wang? Siri 2

Wang adalah bahan mentah. Itulah yang saya katakan dalam post sebelum ini. Sebenarnya ada satu lagi sebab kenapa kita lebih fokus menarik wang, berbanding terus menarik benda yang kita inginkan contohnya kereta Ferrari, Rumah banglo 3 tingkat, Samsung Notes II, atau lain-lain secara khusus.

Ini ada kaitan dengan TAKDIR. Sekiranya kita menarik wang, kita selamat kerana wang hanyalah bahan mentah untuk memudahkan kita mendapatkan apa yang benda yang telah ditakdirkan untuk kita.

Bayangkan begini. Katakan anda berkeras ingin menarik kereta Honda Civic 2.0. Tetapi anda tidak mendapatnya. Kemudian anda rasa sangat kecewa kerana tidak mendapatnya. Kemudian, apabila ditakdirkan anda mendapat Ferrari, anda terasa sangat sedih dan menerima dengan rasa terpaksa... kerana yang anda mahu adalah honda civic 2.0. Apabila ini berlaku, anda sebenarnya telah tidak bersyukur, malah merungut terhadap nikmat takdir yang Tuhan telah beri kepada anda.

Tetapi bayangkan jika anda berjaya menarik banyak wang, dan dengan wang yang ada, anda boleh mengidamkan kereta best. Kemudian anda berdoa, agar Tuhan beri anda kereta mewah kerana anda mampu. Selepas sabar menunggu, akhirnya kereta takdir anda pun sampai. Wah, Ferrari lahhhh!! SYUKUR AMIN!!!

Sebab itulah, blog ini hanya fokus kepada wang, kerana wang adalah bahan mentah yang membolehkan kita mengagih-agihkan kekayaan Tuhan kepada ramai orang dan diri sendiri.

Sekarang apa pula ceritanya dengan minda ni?

Betulkah minda ni mempunyai kuasa?

Eh, apa itu kuasa?

Minda tu pulak, apa?

Sabar. Sabarrrrr.

Akan saya ceritakan dalam artikel seterusnya.